Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Hari Raya Haji Special: Ayam Masak Merah


Resepi Ayam Masak Merah




Hidangan: 7
BAHAN-BAHAN:
  • 2 helai daun pandan (optional)
  • 1 kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 sdb cili kering kisar 
  • 4 sdb sos tomato dalam tin (60 gm)
  • 2 sdb pes tomato dalam tin (60 gm)
  • 2 sdb sos plum (40 gm)
  • 10 biji tomato ceri, belah dua ATAU 1 biji tomato, potong dadu
  • 1 cawan air
  • segenggam daun ketumbar
  • 2 sdk garam, secukup rasa
  • 2 sdb gula, secukup rasa
  • minyak masak

(A) PERAP: 
  • 7 keping peha ayam (kira-kira 1.3 kg)
  • 1.5 sdk serbuk kunyit
  • 1.5 sdk garam

(B) KISAR:
  • 10 bawang merah kecil (180 gm) 
  • 5 ulas bawang putih (30 gm)
  • 15 gm halis 
  • 15 gm lengkuas
  • 1 batang serai, putih sahaja (25-30 gm)
  • 1 sdk serbuk jintan manis (5 gm)
  • 2 sdk serbuk ketumbar (10 gm)
  • 1/2 cawan air

CARA-CARA:

1. (A) Campurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Tutup dan perap sekurang-kurangnya 20 minit di dalam peti sejuk.

2. (B) Kisar semua bahan sehingga halus dan ketepikan.

3. Goreng ayam yang telah diperap sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan untuk digunakan kemudian.

4. Panaskan 8 sudu besar minyak masak.

5. Tumis daun pandan, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga harum. Goreng dengan api kecil.

6. Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga wangi dengan api sederhana.

7. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak, kacau sekali sekala.

8. Masukkan pes tomato, sos tomato, sos plum dan tomato ceri. Gaul hingga sebati.

9. Kemudian, masukkan ayam goreng dan kacau sebentar.

10. Masukkan air, garam dan gula. Gaul rata dan biarkan campuran mendidih selama 30-40 minit. Kacau sekali sekala.

11. Setelah kuah agak pekat, keluarkan daun pandan.

12. Taburkan daun ketumbar, gaul dan tutup api.

13. Ayam Masak Merah siap untuk dihidangkan.

#fivefootfivesg #harirayahaji2020 #ayammasakmerah

Shakshuka / Sabsuka



Resepi Shakshuka




Hidangan: 5
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm daging lembu cincang
  • 3 biji bawang Holland, potong dadu/cincang
  • 2 sdb bawang putih cincang
  • 2 sdk halia cincang
  • 4 sdb serbuk kari daging
  • 1-2 sdb serbuk cili
  • 1 tin tomato cincang (400 gm)
  • 1 tin kecil tomato puree (170 gm)
  • 3 sdb sos tomato
  • 1 sdk serbuk kayu manis
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • 300 ml air
  • 6 sdb minyak masak
  • 1-2 sdb minyak zaitun atau minyak sapi cair
  • 6 biji telur
  • daun ketumbar
  • bawang goreng (optional)
  • cili padi hiris (optional)
  • 2 sdk garam (secukup rasa)

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak masak.

2. Masukkan bawang cincang dan tumis hingga lembut.

3. Seterusnya, masukkan daging cincang, bawang putih dan halia. Masak sehingga daging berubah warna.

4. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kayu manis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata dan masak selama 5 minit.

5. Masukkan tomato cincang dan tomato puree. Gaul hingga sebati.

6. Seterusnya, masukkan sos tomato dan air. Biarkan mendidih dengan api sederhana selama 30 minit, kacau sekali sekala.

7. Pindahkan Shakshuka ke dalam mangkuk pembakar.

8. Dengan menggunakan bahagian belakang sudu, buat 6 lubang dan masukkan sebiji telur ke dalam setiap lubang.

9. Pindahkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar dengan suhu 180 ° C selama 10-12 minit..

10. Setelah masak, keluarkan Shaksuka daripada oven.

11. Hiaskan dengan sedikit daun ketumbar, cili hiris, atau bawang goreng dan curahkan dengan sedikit minyak zaitun atau minyak sapi cair.

12. Hidangkan bersama roti perancis.

#fivefootfivesg #staysafe #shakshuka

Hari Raya Special: Sambal Goreng Tauhu dan Tempeh


Resepi Sambal Goreng Tauhu dan Tempeh





Hidangan: 10
BAHAN-BAHAN:
  • 400 gm kacang panjang, potong 2cm panjang
  • 400 gm tauhu, potong dadu
  • 400 gm tempeh, potong dadu
  • 400 gm udang sederhana besar, dikupas dan dibersihkan (+/-)
  • 2 tangkai cili merah, hiris tipis
  • 1 tangkai cili hijau, hiris tipis
  • 1 biji bawang besar, hiris tipis
  • 3-5 sdb air asam jawa, (1 sdb pes asam jawa + 1/2 cawan air)
  • 2-3 daun limau (optional) 
  • minyak masak

(A) KISAR:
  • 10 ulas bawang merah (120 gm)
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, putih sahaja 
  • 10-15 cili kering, rebus selama 10 minit dan tapis
  • 3 inci halia (30 gm), buang kulit
  • 3 inci lengkuas (30 gm), buang kulit  
  • 1 sdb (13 gm) belacan, disangai sehingga kering
  • 1/4 cawan air

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan (A) hingga halus dan ketepikan.

2. Panaskan secukup minyak masak dan goreng tempe dan tauhu secara berasingan. Angkat dan ketepikan.

3. Seterusnya, dengan api yang besar, goreng kacang panjang selama 30 saat. Langkah ini diperlukan jika memasak sambal goreng yang banyak mengikut seperti resepi ini. Ini membolehkan Sambal Goreng bertahan lebih lama tanpa mudah basi. Angkat dan ketepikan.

4. Terus goreng udang. Goreng sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan.

5. Keluarkan sedikit minyak gorengan, tinggalkan kira-kira 1/4 hingga 1/2 cawan di dalam kuali.

6. Pada api sederhana, masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

7. Seterusnya, masukkan hirisan bawang, hirisan cili, daun limau purut, jus asam jawa dan santan. Renehkan sehingga mendidih hingga campuran mejadi sedikit pekat.

8. Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang telah digoreng. Gaul hingga sebati selama 2-3 minit atau hingga rempah pekat seperti yang dikehendaki.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020 #hariraya2020

Hari Raya 2020: Rendang Daging


Resepi Rendang Daging



Rendang sedap disajikan dengan lontong atau ketupat semasa Hari Raya.

Rendang jika dimasak dengan betul, boleh disimpan lama - 3 hingga 4 bulan di dalam peti beku.


Servings: 5-6
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg daging lembu
  • 500 gm santan segar  
  • 100 gm kerisik kelapa
  • 4-5 daun limau
  • 1-2 daun kunyit, hiris

(A) KISAR:
  • 3 bij bawang besar (270 gm)
  • 10 tangkai cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai, putih sahaja
  • 1 inci kunyit basah (10-15 gm), buang kulit
  • 1 inci halia (10-15 gm), buang kulit
  • 1 inci lengkuas (10-15 gm), buang kulit
  • 10 tangkai cili kering, rebus selama 10 minit
  • 1/2 cawan minyak masak

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan (A) hingga halus dan masukkan terus ke kuali (tidak perlu tambah minyak).

2. Tumiskan rempah dengan api sederhana hingga kering. Ini mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit, jadi pastikan untuk mengacau sekali sekala supaya tidak hangit.

3. Setelah itu, masukkan daging dan kacau sebentar.

4. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Tutup kuali dengan penutup dan biarkan masak sehingga daging lembut (api kecil hingga sederhana). Kacau sekali sekala.

5. Setelah daging lembut dan kuah mula sedilit kering, masukkan kerisik kelapa. Gaul hingga sebati.

6. Masukkan garam dan gula, secukup rasa. Gaul sebati dan tutup api.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Kentang dan Ikan Bilis Goreng Pedas


Resepi Kentang dan Ikan Bilis Goreng Pedas





Hidangan: 5
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm kentang, kupas kulit dan potong kecil
  • 1 cawan ikan bilis, cuci
  • 1 biji bawang besar, cincang halus
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji tomato, cincang halus
  • 10 biji cili padi merah, cincang halus
  • 1 sdk belacan
  • 2 sdb cili kering kisar
  • 2 sdb air asam jawa
  • 1 sdk garam, secukup rasa
  • 1 sdb gula, secukup rasa
  • minyak masak

CARA-CARA:

1. Goreng kentang hingga kekuningan dan ketepikan.

2. Seterusnya, goreng ikan bilis dengan api kecil sehingga garing. Ketepikan.

3. Pada kuali yang bersih, panaskan 2-3 sudu besar minyak masak.

4. Masukkan tomato dan masak selama 1 minit.

5. Masukkan bawang, bawang putih, cili dan belacan. Tumis hingga bawang lembut.

6. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.

7. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul hingga sebati.

8. Akhir sekali, masukkan kentang goreng dan ikan bilis. Kacau hingga sebati dan tutup api.


#fivefootfivesg #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Ayam Masak Kurma


Resepi Ayam Masak Kurma





Hidangan: 6
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg peha ayam 
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdb Ghee 
  • 3 bunga lawang
  • 1-2 kayu manis
  • 4 buah pelaga
  • 2 biji kentang saiz sederhana, kupas kulit dan belah empat
  • 4-5 sdb serbuk rempah kurma 
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu sejat
  • segenggam daun ketumbar
  • 2 cawan air
  • 1 biji bawang besar, belah empat
  • 1 cili merah, belah empat
  • 1 cili hijau, belah empat
  • 1-2 biji tomato, belah empat atau boleh gunakan beberapa biji cherry tomato
  • 2 sdk garam, secukup rasa

(A) KISAR:
  • 1 biji bawang merah besar (90 gm)
  • 4 ulas bawang putih (30 gm)
  • 2 inci halia (20 gm)
  • 2 sdb kacang gajus (50gm)
  • 1/2 cawan air

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan (A) hingga halus dan ketepikan.

2. Campurkan serbuk Kurma dengan 1/2 cawan air sehingga menjadi pes dan ketepikan.

3. Panaskan minyak masak dan Ghee di dalam kuali.

4. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dan tumis hingga wangi.

5. Seterusnya, masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.

6. Masukkan pes Kurma dan tumis hingga pecah minyak.

7. Masukkan garam, ayam dan kentang. Gaul hingga tercampur..

8. Masukkan 2 cawan air dan daun ketumbar, tutup kuali dengan penutup dan biarkan masak hingga ayam lembut.

9. Selepas itu, masukkan susu sejat, bawang besar, cili merah & hijau dan tomato. Masak selama 2 minit lagi dan tutup api.


#fivefootfivesg #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Udang Telur Asin


Resepi Udang Telur Asin





Hidangan: 4
BAHAN-BAHAN:
  • 3-5 daun kari
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 3 cili padi merah, hiris
  • 2 sdb mentega (30 gm)
  • 2 sdb minyak masak
  • 7 kuning telur asin (boleh kurangkan atau lebihkan), haluskan
  • 1 sdk garam, secukup rasa
  • 2 sdk gula, secukup rasa
  • 3/4 cawan susu sejat (lebihkan jika suka)
  • minyak untuk menggoreng udang

(A) UDANG:

  • 400 gm udang sederhana besar
  • 1 putih telur
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1 sdb tepung gandum

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan (A).

2. Panaskan minyak dan goreng udang hingga sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak dan mentega. Gorengkan daun kari hingga agak garing.

4. Masukkan bawang putih dan cili padi. Tumis hingga wangi.

5. Masukkan kuning telur. Kacau sehingga campuran menjadi berbuih.

6. Masukkan garam dan gula dan gaul rata.

7. Masukkan susu sejat, kacau hingga campuran pekat sedikit.

8. Akhir sekali, masukkan udang. Kacau hingga sebati.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Tahu Terbalik Ikan


Resepi Tahu Terbalik Ikan





Credit: ely_abdullah

BAHAN-BAHAN:
  • 400 gm pes isi ikan 
  • 130 gm tauhu kering (tau pok)
  • sedikit daun sup/ketumbar
  • 4 biji cili padi merah/cili merah, cincang
  • minyak masak
  • sambal kicap

CARA-CARA:

1. Campurkan isi ikan, daun sup dan cili padi. Gaul sehingga tercampur rata.

2. Buat potongan kecil pada tauhu dan terbalikkan.

3. Isikan tauhu dengan pes ikan sampai habis.

4. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu sehingga kekuningan.

5. Angkat dan hidangkan bersama Sambal Kicap.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Ayam Masak Halia


Resepi Ayam Masak Halia





Hidangan: 6
BAHAN-BAHAN:
  • 8-10 bawang merah kecil, hiris halus
  • 5 ulas bawang putih, hiris halus
  • 3-4 hiris halia, hiris seperti mancis
  • 5 cili padi merah, belah dua 
  • 3 sdb sos tiram
  • 2 sdb kicap manis
  • 1/2 sdk garam, secukup rasa
  • 1 sdk gula, secukup rasa
  • 1/2 cawan air (boleh dilebihkan jika perlu)
  • air tepung jagung: 1 sdk tepung jagung + 2 sdb air
  • 3 sdb minyak masak

(A) PERAP:
  • 1 ekor ayam (1.2 kg) 
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb serbuk kunyit

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan (A). Perap selama 20 minit.

2. Goreng ayam yang telah diperap hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili. Tumis hingga wangi dan bawang layu.

4. Masukkan air, sos tiram, kicap manis, garam dan gula. Gaul sebati.

5. Masukkan air tepung jagung dan gaul sebentar.

6. Akhir sekali, masukkan ayam goreng. Gaul hingga tercampur rata.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Mee Siam Goreng


Resepi Mee Siam Goreng





Hidangan: 5
BAHAN-BAHAN:
  • 400 gm bihun, rendam dengan air biasa sehingga lembut
  • 4 sdb tauchu, cuci dan lenyek kasar
  • 5 sdb cili kering kisar
  • 300 gm daging lembu, hiris tipis (boleh digantikan dengan udang jika suka)
  • 1 keping fishcake, hiris
  • daun kucai
  • 200 gm taugeh, buang akar
  • 1-2 tauhu/taupok
  • 1/2 sdk garam, secukup rasa
  • 2 tsp gula, secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air

(A) KISAR:
  • 10 bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 sdb udang kering, rendam sehingga lembut
  • 1/4 cawan air

DIRECTIONS:

1. Kisar semua bahan (A) sehingga halus.

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Kacau hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala.

4. Masukkan daging dan air (tambah lebih air jika perlu). Renehkan sehingga daging lembut.

5. Seterusnya, masukkan tauchu. Gaul sebentar.

6. Masukkan garam dan gula.

7. Masukkan bihun. Gaul hingga sebati.

8. Hidangkan Mee Siam Goreng dengan limau kasturi, tahu goreng / taupok dan telur rebus (optional).
#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Mee Kicap


Resepi Mee Kicap





Hidangan: 5
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm mee kuning
  • 3 biji bawang merah kecil, hiris tipis
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 sdb cili kering kisar
  • sayur sawi
  • fishcake 
  • jejari ketam
  • 3 sdb minyak masak

(A) PERAP:
  • 200 gm isi ayam
  • 1 sdk garam
  • sedikit serbuk lada sulah

(B) SOS CAMPURAN:

  • 2 sdb kicap pekat
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap cair
  • 1-2 sdk stok ayam
  • 2 sdk minyak bijan
  • 2 sdk gula
  • 1 cawan air

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan (A) ke dalam mangkuk. Tutup dan perap selama 10 minit.

2. Campurkan semua bahan (B) dan ketepikan untuk diguna kemudian.

3. Panaskan minyak masak dan tumis bawang dan bawang putih sehingga wangi.

4. Masukkan cili kisar. Tumis selama 2 minit.

5. Masukkan ayam. Tumis sehingga ayam masak.

6. Seterusnya, masukkan sos campuran dan renehkan.

7. Masukkan sayur, fishcake dan jejari ketam. Masak sehingga sayur agak layu.

8. Akhir sekali, masukkan mee kuning. Masak sehingga sos tercampur rata dengan mee.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Ayam Goreng Crispy Sos Tiram


Resepi Ayam Goreng Crispy Sos Tiram





Hidangan: 4
BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji bawang Holland, hiris halus
  • 3 ulas bawang putih, finely minced
  • 4 biji chilli padi, belah dua
  • 2 hiris halia
  • 2 sdb kicap manis
  • 3 sdb sos tiram
  • 3 sdb air
  • daun bawang
  • 8 sdb tepung jagung
  • minyak masak

(A) PERAP:
  • 2 keping isi peha ayam
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 1 putih telur, dipukul

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan (A) ke dalam mangkuk. Tutup dan biarkan perap di dalam peti sejuk selama 20 minit.

2. Salut kepingan ayam satu persatu dalam tepung jagung.

3. Panaskan minyak masak dan goreng kepingan ayam hingga kekuningan. Ketepikan.

4. Panaskan kira-kira 3 sudu besar minyak masak dan tumis bawang, bawang putih, halia dan cili sehingga bawang menjadi lembut.

5. Masukkan kicap manis, sos tiram dan air. Renehkan.

6. Setelah kuah agak pekat sedikit, masukkan ayam goreng. Gaul hingga sebati.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Kobis Goreng Suhun


Resepi Kobis Goreng Suhun





Hidangan: 6
BAHAN-BAHAN:
  • 300 gm sayur kobis, buang batang kobis dan hiris kecil
  • 20 gm suhun, direndam sehingga lembut
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 biji bawang sederhana besar, hiris
  • 1 batang cili merah, hiris
  • 1 sdk garam, seukup rasa
  • 1-2 biji telur, dipukul
  • 200 gm udang
  • bawang goreng
  • 2 sdb minyak masak

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang, bawang putih dan cili sehingga bawang lembut.

3. Masukkan udang dan masak sehingga berubah warna.

4. Tuangkan telur yang telah dipukul. Biarkan seketika sebelum digaul.

5. Setelah telur hampir masak, masukkan garam, kobis dan suhun. Masak hingga kobis lembut.

6. Taburkan sedikit bawang goreng.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Sup Tauhu Kering


Resepi Sup Tauhu Kering





Hidangan: 4
BAHAN-BAHAN:
  • 50 gm tauhu kering, rendam dengan air sehingga lembut
  • 20 gm suhun, rendam dengan air sehingga lembut
  • 800 ml air
  • 2 biji kentang sederhana besar, potong kecil
  • 1 batang lobak merah sederhana besar, potong kecil
  • 1 sdk garam, secukup rasa
  • 4-5 biji telur
  • daun bawang
  • bawang goreng

(A) KISAR:
  • 1 biji bawang sederhana besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sdb ikan bilis, cuci bersih dan rendam sebentar
  • air

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan (A) sehingga halus.

2. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.

3. Seterusnya masukkan air, kentang dan lobak merah. Biarkan mendidih hingga kentang dan lobak merah lembut.

4. Kemudian, masukkan garam, suhun dan tauhu kering. Didihkan dengan perlahan.

5. Akhir sekali, masukkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan telur sehingga masak.

6. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Mee Bandung


Mee Bandung Recipe





Hidangan: 4-5
BAHAN-BAHAN:
  • 12 ekor udang saiz besar, buang kulit dan kotoran
  • 1 ekor sotong saiz sederhana, potong bulat
  • 500 gm mee kuning
  • 1 biji tomato, potong 8
  • sayuran 
  • 3 sdb sos tiram
  • 4-5 sdb sos tomato
  • 6-8 sdb cili kering kisar
  • 1 sdk kicap manis 
  • 1 sdk garam, secukup rasa
  • 2 sdk gula, secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 4-5 biji telur

(A) STOK DAGING:

  • 200 gm daging lembu, hiris tipis
  • 1 litre air
  • 2 hiris halia

(B) KISAR:
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • 1/2 cawan udang kering, direndam selama 10 minit

(C) BAHAN-BAHAN LAIN:

  • air tepung jagung: 2 sdb tepung jagung + 1/4 cawan air

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan (A) ke dalam periuk. Rebus sehingga daging lembu lembut. Keluarkan daging dan ketepikan. Ketepikan juga air rebusan daging.

2. Kisar bahan (B) hingga halus. Ketepikan.

3. Panaskan 1/4 cawan minyak masak.

4. Setelah minyak panas, masukkan udang dan goreng sehingga berubah warna. Keluarkan udang dan ketepikan.

5. Teruskan dengan memasukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tumis hingga wangi.

6. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

7. Seterusnya, masukkan air rebusan daging, daging lembu yang sudah direbus, sos tiram dan sos tomato. Didihkan.

8. Masukkan sotong, garam, gula dan kicap manis. Kacau sekejap.

9. Masukkan (C) air tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah pekat.

10. Masukkan buah tomato.

11. Akhir sekali, masukkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan telur masak dengan api kecil. Matikan api.

12. Rebus air dalam periuk kecil. Celurkan mee dan sayur selama 30 saat. Angkat dan pindahkan ke mangkuk.

13.Tuangkan kuah ke atas mee.

14. Hidangkan Mee Bandung dengan irisan limau purut dan cili hijau.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Sambal Telur Burung dan Fishball


Resepi Sambal Telur Burung dan Fishballs





Hidangan: 5-6
BAHAN-BAHAN:
  • 15 telur burung, rebus selama 4-5 minutes, kupas kulit dan ketepikan
  • 250 gm fishball goreng
  • 1 kiub pati ikan bilis 
  • 1 sdk garam, secukup rasa
  • 1 sdb gula/gula melaka, secukup rasa
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 asam keping

(A) KISAR:
  • 2 biji bawang sederhana besar
  • 20 tangkai cili kering, rendam dengan air panas selama 15 minit 
  • 5 biji cili padi merah 
  • 1 sdk belacan
  • 1/4 cawan air

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan (A) sehingga halus.

2. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan 1/4 cawan air, asam keping, kiub ikan bilis dan garam. Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.

4. Kemudian, masukkan gula dan gaul sebentar.

5. Akhir sekali, masukkan telur rebus dan bebola ikan. Gaul hingga sebati dan tutup api.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Seafood Hor fun (Halal)


Resepi Seafood Hor Fun 





Hidangan: 5
BAHAN-BAHAN:
  • 12 ekor udang saiz sederhana, kupas kulit dan buang kotoran
  • 1 ekor udang saiz sederhana, potong bulat 
  • 1 keping fishcake, potong sederhana tipis
  • 100 gm fillet ikan salmon, potong sederhana tipis
  • 100 gm cendawan shimeiji 
  • 150 gm sayur sawi, dibasuh dan dipotong 2 cm panjang
  • bawang goreng

(A) MEE HOR FUN:
  • 1 kg mee hor fun
  • 2 sdb kicap cair
  • 1 sdb kicap pekat hitam
  • 2 sdb minyak masak

(B) KUAH:
  • 3 ulas bawang putih, cincang
  • 1 hiris halia, potong mancis
  • 1 sdk kicap pekat hitam
  • 3 sdb kicap cair
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdk minyak bijan
  • 1 litre air
  • 1-2 kiub stok ayam
  • 1 biji telur saiz besar, dipukul
  • 2 sdb minyak masak  
  • garam, secukup rasa
  • gula, secukup rasa
  • serbuk lada sulah, secukup rasa
  • air tepung jagung: 2 sdb tepung jagung + 1/4 cawan air

CARA-CARA:

(A) MEE HOR FUN: 
1. Pisahkan mee supaya tidak melekat antara satu sama lain.
2. Campurkan kicap cair dan pekat ke dalam mee dan gaul hingga sebati.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Setelah panas, masukkan mee dan goreng selama 3 minit atau sehingga coklat sekata dan sedikit "char" (bakar sebahagian). Keluarkan dan ketepikan.

(B) KUAH: 
1. Tambahkan 2 sdb minyak masak dalam kuali..
2. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Masukkan udang dan sotong dan tumis sebentar dengan api besar.
4. Masukkan air, stok ayam, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, garam, gula dan lada sulah. Didihkan.
5. Masukkan fishcake, ikan salmon, sayur dan cendawan.
6. Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah pekat.
7. Akhir sekali, masukkan telur yang dipukul sedikit demi sedikit, kacau perlahan-lahan. Matikan api.

(C) CARA HIDANGAN: 
Letakkan 200 gm hor fun yang sudah digoreng tadi ke pinggan. Tuangkan kuah secukupnya ke atas hor fun dan tabur sedikit bawang goreng. Hidangkan.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Puding Jagung


Resepi Puding Jagung





BAHAN-BAHAN:
  • 1 tin susu sejat
  • 1 tin jagung manis
  • 3 cawan air
  • 1.5 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api kecil hingga sederhana.

2. Kacau berterusan sehingga campuran pekat dan berkilat. Matikan api.

3. Pindahkan campuran ke dalam acuan puding dan tutup permukaan dengan plastik. Ini untuk mengelakkan puding 'berkulit'.

4. Biarkan puding sejuk hingga suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

5. Puding jagung lebih enak disajikan sejuk.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Tempe Goreng Kicap Pedas


Resepi Tempe Goreng Kicap Pedas





Hidangan: 6
BAHAN-BAHAN:
  • 2 keping Tempe (300 gm), hiris tipis
  • 2 biji bawang sederhana besar, hiris
  • 4 ulas bawang putih, hiris
  • 10 biji cili padi merah, dibelah dua
  • minyak masak
  • 4 sdb kicap manis 
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb apple cider vinegar atau cuka putih pun boleh
  • 1/2 sdk garam, secukup rasa
  • 1 sdb gula, secukup rasa

CARA-CARA:

1. Goreng Tempe hingga keemasan dan garing. Keluarkan dan ketepikan.

2. Tinggalkan kira-kira 2 sudu besar minyak goreng di dalam kuali.

3. Masukkan bawang dan tumis hingga layu.

4. Seterusnya, masukkan bawang putih dan cili padi. Tumis hingga wangi.

5. Kemudian masukkan kicap, sos tiram, cuka, garam dan gula. Gaul sebati.

6. Akhir sekali, masukkan Tempe goreng. Kacau hingga sebati dan sos sedikit pekat.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

Ramadan 2020: Rojak Bandung


Resepi Rojak Bandung





Hidangan: 4-6
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor sotong kembang, gosok bersih dan potong sepanjang 2 cm
  • 200 gm kangkong
  • 2 keping tauhu saiz kecil, potong dadu
  • kacang tanah kisar
(A) SOS ROJAK:
  • 3 sdb petis udang
  • 3 sdb sos tomato
  • 3 sdb cili kering kisar
  • 2 sdb gula jawa/gula melaka, secukup rasa
  • 1/2 sdk garam, secukup rasa
  • 1.5 cawan air

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan (A) ke dalam periuk kecil. Gaul hingga sebati.

2. Bawa periuk ke api dan masak campuran sos dengan api sederhana. Kacau sekali sekala sehingga kuah pekat. (Boleh tambahkan air tepung jagung ke campuran jika suka sos yang lebih pekat.) Setelah pekat, tutup api dan ketepikan.

3. Celur kangkong di dalam air yang mendidih selama 2 minit. Ketepikan.

4. Seterusnya, celur sotong selama 2-3 minit. Ketepikan.

5. Goreng tauhu hingga kekuningan. Ketepikan.

6. Hidangkan kangkong, sotong dan tauhu goreng bersama sos dan taburkan kacang tanah.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020