Sambal Kicap

Sambal Kicap adalah pencicah yang sesuai dinikmati dengan pelbagai makanan. Resepi sambal kicap ini sangat mudah dibuat dan sangat sedap.


Resepi Sambal Kicap



Lebihkan cili padi jika suka lebih pedas.

Boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.



BAHAN-BAHAN:
  • 20 biji cili padi merah 
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 4 sdb bawang goreng 
  • 1-2 biji limau kasturi
  • 2 sdb minyak masak
  • kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dan gorengkan cili padi dan bawang putih sehingga sedikit kekuningan.

2. Kemudian, kisar kering cili padi dan bawang putih yang sudah digoreng bersama minyaknya. Tambahkan sekali bawang goreng dan kisar bahan-bahan sehingga halus. Tuangkan ke mangkuk.

3. Tambahkan kicap manis secukupnya.

4. Tambahkan juga garam, gula dan jus limau mengikut rasa. Gaul sehingga sebati. Hidangkan.


#fivefootfivesg #sambalkicap