Resepi Sambal Goreng Pengantin
Salah satu hidangan wajib di majlis-majlis perkahwinan dan juga sambutan Hari Raya di Singapura.
Sambal Goreng Pengantin berbeza dari Sambal Goreng biasa. Sambal Goreng Pengantin mengandungi pelbagai campuran daging. Manakala Sambal Goreng pula mengandungi protein sayuran. Walau bagaimanapun, rasa dan juga bahan-bahan yang digunakan hampir-hampir sama.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg udang segar kupas kulit dan bersihkan
- 5 batang cili merah hiris tipis
- 5 batang cili hijau hiris tipis
- 10 cili padi merah hiris tipis
- 1 cawan bawang goreng
- 1 sdb asam jawa
- 1/2 cawan air
- 400 ml santan
- 1 cawan air
- 2 daun limau
- 60 gm gula Melaka secukupnya
- 3 sdb gula secukupnya
- 2 sdk garam secukupnya
- 1 cawan minyak masak
(A) BAHAN-BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah besar
- 9 ulas bawang putih
- 30 gm lengkuas
- 20 gm halia
- 3 batang serai
- 2 sdk belacan disangai/bakar dahulu
- 25 cili kering rendam dahulu
- 1/2 cawan air
(B) REBUS :
- 3 litre air
- 500 gm paru lembu
- 500 gm hati lembu
- beberapa hiris halia
(C) REBUS:
- 1 litre air
- 500 gm daging lembu
- beberapa hiris halia
CARA-CARA:
1. Rebus (B): Pertama, rebuskan air. Kemudian, masukkan paru, hati dan kepingan halia. Rebus selama 90 minit atau sehingga lembut. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
2. Rebus (C): Dalam periuk yang bersih, rebuskan air. Masukkan daging lembu dan halia. Rebus selama 45 minit atau sehingga lembut. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Jangan buang air rebusan daging, ketepikan untuk diguna kemudian.
3. Setelah disejukkan, potong dadu hati, paru dan daging lembu. Kemudian, panaskan minyak secukupnya dan goreng setiap daging secara berasingan sehingga sedikit garing. Ketepikan.
4. Panaskan 1 cawan minyak (boleh gunakan minyak gorengan daging tadi atau gunakan minyak yang baru) dalam kuali. Masukkan udang dan gorengkan sebentar, angkat sebaik sahaja udang berubah warna. Ketepikan.
5. Jangan tutup api, teruskan masak dalam kuali yang sama. Masukkan bahan-bahan kisar (A) dan SEMUA cili-cili hiris. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Campurkan asam jawa dengan 1/2 cawan air. Campurkan juga santan bersama 1 cawan air. Masukkan air asam dan santan cair ke dalam masakan. Masukkan sekali daun limau, bawang goreng, paru, hati dan daging goreng ke dalam kuali. Gaul sehingga sebati dan masak sehingga kuah mula mendidih.
7. Apabila kuah sudah mendidih, tambahkan gula Melaka, gula dan garam. Gaul dan teruskan masak sehingga kuah memekat. Gaul sekali sekala.
8. Terakhir, masukkan udang. Gaul sehingga tercampur.
9. Hidangkan bersama lontong atau nasi panas.
#fivefootfivesg #hariraya #sambalgorengpengantin