Kacang Pool

Kacang Pool adalah satu hidangan yang sangat popular yang berasal dari Timur Tengah. Hidangan ini sedap dimakan untuk sarapan pagi dan juga pada bila-bila masa sahaja.


Resepi Kacang Pool





BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji bawang merah besar potong dadu 
  • 1 biji tomato potong dadu  
  • 1 tin kacang merah
  • 2 tin kacang parang
  • 300 gram daging lembu cincang
  • 2 sdb minyak masak 
  • 2 sdb minyak sapi
  • 2 tin air 
  • 2 sdk garam (secukup rasa)
  • 2 sdb gula (secukup rasa)

(A) KISAR:
  • 10 biji bawang merah kecil 
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 gram halia 
  • 1 sdb serbuk kari daging
  • 1 sdb serbuk lada hitam
  • 1 sdb serbuk ketumbar 
  • 1 sdk serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan air

(B) BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
  • ghee (minyak sapi) cairkan
  • telur goreng (mata lembu)
  • bawang merah besar cincang 
  • hirisan cili hijau
  • limau kasturi 
  • roti bakar

CARA-CARA:

1. Cuci bersih semua kekacang. Buang air dalam tin.

2. Lenyekkan semua kekacang. (Boleh juga dikisar separuh quantiti kekacang sehingga halus). Ketepikan.

3. Kisar semua bahan-bahan (A). Ketepikan.

4. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali. Setelah minyak sapi cair, masukkan bawang yang sudah dipotong dadu dan tumiskan sehingga layu.

5. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumiskan selama 10 minit. Guna api sederhana kecil.

6. Kemudian masukkan daging cincang dan masak selama 10 minit lagi atau sehingga daging keluar minyak.

7. Seterusnya, masukkan kekacang yang sudah dilenyek bersama 2 tin air (guna tin kekacang). Kacau hingga sebati.

8. Masukkan tomato yang sudah dipotong dadu, garam dan juga gula.

9. Renehkan selama 1 jam. Guna api kecil dan gaul sekali sekala.

10. Setelah kuah mula agak kering, tutup api.

10. Hidangkan Kacang Pool bersama bahan-bahan sampingan (B).


#fivefootfivesg #kacangpool #resepitimurtengah