Kari Ayam Pedas

Resepi kari ayam ini sangat mudah diikuti untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar memasak kari.


Resepi Kari Ayam Pedas



Kurangkan cili kisar jika suka kurang pedas.

Susu sejat boleh digantikan dengan santan.

Tambahkan air asam jawa atau buah tomato jika suka.

Kurangkan, atau abaikan gula jika anda membuat kari yang kurang pedas.


BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg ayam 
  • 1 biji bawang merah besar hiris 
  • 3 biji kentang saiz sederhana potong kecil
  • 7 sudu besar rempah kari daging (Baba's brand)
  • 1/2 cawan air
  • 1 kayu manis
  • 4 bunga lawang
  • 2 serai (bahagian putih sahaja) dititik
  • 2 tangkai daun kari buang batangnya
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 100 ml air X 2 
  • 1 sudu besar garam secukup rasa
  • 1 sudu besar gula secukup rasa
  • 500 ml air
  • 200 ml susu sejat
  • 1/2 cawan minyak masak

(A) KISAR:
  • 3 biji bawang merah besar saiz sederhana 
  • 7 ulas bawang putih
  • 30 gm halia

CARA-CARA:

1. Campurkan rempah kari bersama 1/2 cawan air. Gaul sehingga menjadi pes dan ketepikan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.

3. Masukkan bawang hiris dan tumis sehingga bawang layu. 

4. Kemudian, masukkan bahan kisar (A), kayu manis, bunga lawang, serai dan daun kari. Tumis selama 3 minit sehingga naik wangi.

5. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

6. Masukkan pes kari dan tumis selama 10 minit.

7. Masukkan pula 100 ml air. Masak selama 5 minit sehingga pecah minyak.

8. Tambahkan lagi 100 ml air. Tumis untuk 5 minit lagi sehingga pecah minyak.

9. Kemudian, masukkan ayam dan garam. Gaul rata dan masak selama 5 minit atau sehingga ayam bertukar warna.

10. Masukkan kentang dan 500 ml air. Kacau rata.

11. Tutup periuk dengan penutup dan direnehkan selama 15 minit atau sehingga ayam masak dan kentang menjadi lembut.

12. Akhir sekali, masukkan gula dan susu. Biarkan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.


#fivefootfivesg #kariayam #resepimudah