Ramadan 2020: Ayam Kam Heong


Resepi Ayam Kam Heong





Hidangan: 6-8
BAHAN-BAHAN:
  • 2 sdb udang kering, rendam selama 10 minit dan cincang kasar 
  • 1 bawang besar, cincang
  • 1 bawang holland, cincang
  • 2 sdb bawang putih cincang
  • 6 biji cili padi, hiris kasar
  • 2 batang serai, putih sahaja dan dititik
  • 2 daun limau purut
  • 5 tangkai daun kari 
  • minyak masak
  • 1/4 cup air
  • 1 sdk garam, secukup rasa
  • 1 sdb gula, secukup rasa

(A) PERAP:
  • 1 ekor ayam (1.2 kg)
  • 2 sdb kicap cair
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdk gula
  • 1 telur, dipukul
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu

(B) SOS CAMPURAN:
  • 2 sdb rempah kari daging
  • 3 sdb kicap manis
  • 3 sdb sos tiram
  • 1/2 cawan air

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan (A) dan gaul rata. Tutup dengan plastik dan perap ayam di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.

2. Dalam mangkuk kecil, campurkan semua bahan (B). Kacau hingga tidak ada gumpalan dan ketepikan.

3. Setelah diperap, goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

4. Biarkan kira-kira 1/2 cawan minyak gorengan di dalam kuali.

5. Masukkan udang cincang dan tumis hingga wangi.

6. Seterusnya, masukkan bawang merah dan kuning. Tumis hingga wangi.

7. Kemudian masukkan bawang putih, cili, serai, limau purut dan daun kari. Tumis selama 2 minit lagi.

8. Masukkan campuran sos. Tumis sehingga pecah minyak.

9. Masukkan garam dan gula. Masukkan juga 1/4 cawan air. Tambahkan lebih banyak air jika perlu.

10. Akhir sekali, masukkan ayam goreng. Masak selama 1-2 minit lagi sehingga ayam sebati dengan sos.

11. Hidangkan.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

No comments:

Post a Comment