- 400 gm udang
- 1 biji telur, dipukul
- 1 sdb tepung gandum
- 1 sdb tepung ubi
- 1.5 cawan bijirin Nestum
- 1-1.5 sdb susu tepung
- 1 sdb gula, mengikut rasa
- 1 sdk garam, mengikut rasa
- 4 sdb mentega (60 gm)
- segenggam daun kari, daun sahaja
- 3 biji cili padi merah, hiris
- minyak untuk menggoreng udang
CARA-CARA:
1. Campurkan udang bersama telur. Tambahkan pula tepung gandum dan ubi. Gaul sehingga tersalut rata.
2. Panaskan minyak yang secukupnya. Goreng udang sehingga bertukar warna. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. Angkat dan ketepikan.
3. Satukan bijirin Nestum, susu tepung, gula dan garam ke satu mangkuk. Gaul hingga tercampur. Ketepikan.
4. Panaskan mentega sehingga cair.
5. Kemudian, masukkan daun kari dan cili padi. Tumis sehingga daun kari agak garing.
6. Masukkan pula campuran bijirin Nestum. Masak selama 2-5 minit, sehingga tercampur dan agak garing. Sini, boleh tambahkan garam/gula lagi jika kurang.
7. Masukkan udang yang sudah digoreng. Gaul sehingga tercampur dengan bijirin.
8. Hidangkan.
#fivefootfivesg #udangcereal #udangnestum
No comments:
Post a Comment