Sambal Udang


Resepi Sambal Udang




Hidangan: 4
BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 500 gm udang saiz besar 
  • 8 sdb cili kering kisar
  • 50 ml air X 3
  • 2 keping asam gelugur
  • 50 gm gula melaka, secukup rasa
  • 1-2 sdk garam, secukup rasa

(A) KISAR:
  • 15 biji bawang merah kecil (190 gm)
  • 5 biji cili padi merah (optional)
  • 1 sdb ikan bilis (10 gm)
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 sdk belacan (5 gm)
  • 1/4 cawan air

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan (A) sehingga halus dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali.

3. Masukkan udang dan goreng sehingga sahaja udang bertukar warna. Angkat dan ketepikan.

4. Kecilkan api dan masukkan pula bahan-bahan kisar. Tumis sehingga wangi.

5. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. (Tumis pertama)

6. Tambahkan 50 ml air dan tumis sehingga pecah minyak. (Tumis kedua)

7. Masukkan asam gelugur dan 50 ml air. Tumis sehingga pecah minyak. (Tumis ketiga)

8. Masukkan gula melaka, garam dan 50 ml air. Masak sehingga gula larut.

9. Akhir sekali, masukkan udang dan masak selama 2 minit lagi.

10. Hidangkan.

#fivefootfivesg #sambaltumis #sambaludang

No comments:

Post a Comment