Sotong Masak Hitam

Sotong Masak Hitam adalah lauk yang sangat ringkas dan cepat untuk disediakan. Kepada penggemar sotong masak hitam, aromanya sahaja sudah cukup untuk membuka selera. Selamat mencuba!

Resepi Sotong Masak Hitam 





BAHAN-BAHAN:
  • 7 ekor sotong saiz sederhana  
  • 1 bawang merah besar hiris
  • 2 sdb cili kering kisar
  • 2 batang serai dititik
  • 2 daun limau purut
  • 5 biji cili padi merah hiris
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
  • 1 sdk daun ketumbar 
  • 1 sdk asam jawa
  • 1/4 cawan air
  • 2 sdb gula (tambahkan mengikut rasa) 
  • 2 sdk garam (tambahkan mengikut rasa)
  • 1/4 cawan minyak masak

(A) KISAR:
  • 1 biji bawang merah besar, kupas kulit (100 gm)
  • 6 ulas bawang putih, kupas kulit (30 gm)
  • 10 gm halia
  • air 

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan (A) sehingga halus dan ketepikan.

2. Cuci sotong dan potong membulat. Keluarkan paruh dari kepala sotong dan ketepikan dakwat sotong.

3. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar hiris dan goreng sehingga layu.

4. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga wangi (3 minit).

5. Masukkan cili kering kisar, serai, daun limau dan cili padi hiris. Tumis sehingga pecah minyak.

6. Larutkan pes asam jawa dengan 1/4 cawan air dan terus masukkan ke dalam masakan.

7. Masukkan sotong, dakwat sotong, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam dan gula. Renehkan sehingga sotong masak.

8. Tutup api.

#fivefootfivesg #resepimudah #sotonghitam