Nasi Ayam Panggang

Nasi ayam sudah pastinya diantara makanan kegemaran rakyat Singapura. Hidangan ini sendiri mempunyai banyak variasi; kukus, panggang dan juga goreng. Dianggap sebagai hidangan kebangsaan kami, nasi ayam boleh didapati hampir di mana saja, dari gerai-gerai hinggalah ke restoran 5-bintang.

Resepi Nasi Ayam Panggang



Waktu memasak akan berbeza mengikut saiz ayam. Paha ayam yang saya gunakan adalah sekitar 250 gm setiap satu.

Madu yang digunakan tidak perlu yang mahal. Pasar raya ada menjual madu-madu yang murah dan berkualiti.

Serbuk 'five-spice' adalah gabungan rempah-rempah dan mudah didapati di kebanyakan pasar raya.



(A) PES:
  • 60 gm bawang putih
  • 90 gm halia

(B) STOK AYAM:
  • 2 litre air
  • 5 keping paha ayam (1.2 kg) ketepikan lebihan kulit dan lemak ayam
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1 sdb (A) PES
  • 1 sdb garam

(C) PERAP (SOS):
  • 4 sdb gula perang 
  • 4 sdb madu 
  • 1/2 cawan kicap soya cair 
  • 1/4 cawan sos tiram
  • 1 sdk serbuk five-spice 
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb minyak bijan
  • 1 sdk (A) PES

(D) NASI:
  • 4 cawan beras
  • kulit dan lemak ayam 
  • 1 daun pandan
  • 1 sdb minyak bijan
  • 1 sdk garam secukup rasa
  • 1 sdk gula secukup rasa
  • 2 sdk (A) PES
  • 4 1/2 cawan (B) STOK AYAM (bergantung kepada beras, nisbah stok mungkin perlu ditambah/dikurangkan.)

(E) SOS CILI:
  • 6 cili merah
  • 6 cili padi merah
  • 1/2 cawan (B) STOK AYAM
  • 2 sdk (A) PES
  • 1 sdb cuka
  • 1/2 sdk garam secukup rasa
  • 2 sdk gula secukup rasa
  • sedikit minyak bijan

(F) SOS BAWANG PUTIH/HALIA:
  • 1 tangkai daun bawang cincang halus
  • 1/4 cawan minyak kacang
  • baki (A) PES
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

CARA-CARA:

1. (A) PES:
  • Kisar kering semua bahan-bahan (A). Ketepikan

2. (B) STOK AYAM:
  • Didihkankan air dalam periuk.
  • Tambahkan seluruh bahan-bahan (B), kecuali lemak dan kulit ayam. Rebus selama 30 minit.
  • Setelah itu, keluarkan ayam dan rendamkannya dalam mangkuk besar berisi air ais untuk menghentikan proses memasak.
  • Setelah ayam sejuk, keringkan ayam dan susun pada rak pembakar .

3. (C) PERAP/SOS
  • Campurkan semua bahan-bahan (C) ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.
  • Sapukan ayam bersama sos campuran sehingga tersalut rata.
  • Tutup permukaan ayam dan perap sekurang-kurangnya 1 jam. 
  • Kemudian, panggang ayam dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Bakar/panggang ayam pada suhu 200 darjah celcius, 15 - 20 minit di setiap sisi. Sapukan ayam bersama sos apabila membalikkan ayam.   
  • Letakkan baki sos ke dalam periuk kecil dan biarkan ia masak sehingga sos memekat. Ketepikan untuk dihidang kemudian.

4. (D) NASI AYAM (siapkan semasa membakar ayam)
  • Basuh beras sehingga bersih lalu tapiskan.
  • Panaskan kuali, tambah lemak/kulit ayam dan minyak bijan. Goreng sehingga minyak ayam keluar.
  • Kemudian, masukkan pes dan daun pandan. Tumis sehingga naik wangi.
  • Masukkan beras, garam dan gula. Goreng selama 2 minit lagi. Tutup api.
  • Pindahkan ke dalam periuk nasi dan tambahkan stok ayam. Masak nasi seperti biasa.

5. (E) SOS CILI (siapkan semasa membakar ayam)
  • Campurkan kesemua cili ke dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus. Pindahan ke mangkuk hidang.
  • Masukkan bahan-bahan (E) yang lain. Campurkan dengan rata dan diketepikan untuk dihidang kemudian.

6. (F) SOS BAWANG PUTIH/HALIA (siapkan semasa membakar ayam)
  • Campurkan semua bahan-bahan (F) Ke dalam mangkuk hidang. Gaul rata dan ketepikan untuk dihidangkan kemudian.

7. Keluarkan ayam yang sudah habis dibakar/panggang. Potong ayam dan hidangkan bersama nasi dan sos-sos yang sudah siap.


#fivefootfivesg #nasiayam #sedap