Hari Raya Haji Special: Ayam Masak Merah


Resepi Ayam Masak Merah




Hidangan: 7
BAHAN-BAHAN:
  • 2 helai daun pandan (optional)
  • 1 kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 sdb cili kering kisar 
  • 4 sdb sos tomato dalam tin (60 gm)
  • 2 sdb pes tomato dalam tin (60 gm)
  • 2 sdb sos plum (40 gm)
  • 10 biji tomato ceri, belah dua ATAU 1 biji tomato, potong dadu
  • 1 cawan air
  • segenggam daun ketumbar
  • 2 sdk garam, secukup rasa
  • 2 sdb gula, secukup rasa
  • minyak masak

(A) PERAP: 
  • 7 keping peha ayam (kira-kira 1.3 kg)
  • 1.5 sdk serbuk kunyit
  • 1.5 sdk garam

(B) KISAR:
  • 10 bawang merah kecil (180 gm) 
  • 5 ulas bawang putih (30 gm)
  • 15 gm halis 
  • 15 gm lengkuas
  • 1 batang serai, putih sahaja (25-30 gm)
  • 1 sdk serbuk jintan manis (5 gm)
  • 2 sdk serbuk ketumbar (10 gm)
  • 1/2 cawan air

CARA-CARA:

1. (A) Campurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Tutup dan perap sekurang-kurangnya 20 minit di dalam peti sejuk.

2. (B) Kisar semua bahan sehingga halus dan ketepikan.

3. Goreng ayam yang telah diperap sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan untuk digunakan kemudian.

4. Panaskan 8 sudu besar minyak masak.

5. Tumis daun pandan, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga harum. Goreng dengan api kecil.

6. Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga wangi dengan api sederhana.

7. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak, kacau sekali sekala.

8. Masukkan pes tomato, sos tomato, sos plum dan tomato ceri. Gaul hingga sebati.

9. Kemudian, masukkan ayam goreng dan kacau sebentar.

10. Masukkan air, garam dan gula. Gaul rata dan biarkan campuran mendidih selama 30-40 minit. Kacau sekali sekala.

11. Setelah kuah agak pekat, keluarkan daun pandan.

12. Taburkan daun ketumbar, gaul dan tutup api.

13. Ayam Masak Merah siap untuk dihidangkan.

#fivefootfivesg #harirayahaji2020 #ayammasakmerah

No comments:

Post a Comment