Hari Raya Special: Sambal Goreng Tauhu dan Tempeh


Resepi Sambal Goreng Tauhu dan Tempeh





Hidangan: 10
BAHAN-BAHAN:
  • 400 gm kacang panjang, potong 2cm panjang
  • 400 gm tauhu, potong dadu
  • 400 gm tempeh, potong dadu
  • 400 gm udang sederhana besar, dikupas dan dibersihkan (+/-)
  • 2 tangkai cili merah, hiris tipis
  • 1 tangkai cili hijau, hiris tipis
  • 1 biji bawang besar, hiris tipis
  • 3-5 sdb air asam jawa, (1 sdb pes asam jawa + 1/2 cawan air)
  • 2-3 daun limau (optional) 
  • minyak masak

(A) KISAR:
  • 10 ulas bawang merah (120 gm)
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, putih sahaja 
  • 10-15 cili kering, rebus selama 10 minit dan tapis
  • 3 inci halia (30 gm), buang kulit
  • 3 inci lengkuas (30 gm), buang kulit  
  • 1 sdb (13 gm) belacan, disangai sehingga kering
  • 1/4 cawan air

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan (A) hingga halus dan ketepikan.

2. Panaskan secukup minyak masak dan goreng tempe dan tauhu secara berasingan. Angkat dan ketepikan.

3. Seterusnya, dengan api yang besar, goreng kacang panjang selama 30 saat. Langkah ini diperlukan jika memasak sambal goreng yang banyak mengikut seperti resepi ini. Ini membolehkan Sambal Goreng bertahan lebih lama tanpa mudah basi. Angkat dan ketepikan.

4. Terus goreng udang. Goreng sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan.

5. Keluarkan sedikit minyak gorengan, tinggalkan kira-kira 1/4 hingga 1/2 cawan di dalam kuali.

6. Pada api sederhana, masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

7. Seterusnya, masukkan hirisan bawang, hirisan cili, daun limau purut, jus asam jawa dan santan. Renehkan sehingga mendidih hingga campuran mejadi sedikit pekat.

8. Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang telah digoreng. Gaul hingga sebati selama 2-3 minit atau hingga rempah pekat seperti yang dikehendaki.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020 #hariraya2020

No comments:

Post a Comment