Hari Raya Special : Paru Goreng Belado


Resepi Paru Goreng Belado





Hidangan: 5
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm paru, rebus dengan hirisan halia sehingga empuk
  • 3 daun limau
  • 1 asam keping (jika tidak ada, jus limau atau jus asam jawa)
  • 4 sdb minyak masak
  • 1 sdk garam, secukup rasa
  • 2-3 sdk gula, secukup rasa
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1 sdk garam
  • minyak masak untuk menggoreng paru

(A) KISAR:
  • 1 biji bawang sederhana besar (70 gm)
  • 10 cili padi merah (+/-)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 batang cili merah
  • 4 batang cili hijau
  • 1 sdk belacan (optional)
  • 2-3 sdb air 

CARA-CARA:

1. Potong paru rebus mengikut ukuran yang diinginkan. Gaul bersama serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Perap paru sekurang-kurangnya 15 minit.

2. Kisar kasar semua bahan (A). Gunakan pengisar kering, jika ada (tak perlu air). Ketepikan.

3. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng paru yang telah diperap dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. Paru akan berubah menjadi lebih gelap apabila digoreng, jadi perhatikan dengan teliti untuk mengelakkan paru terlalu masak / hangus!

4. Pada kuali yang berasingan, panaskan 4 sudu besar minyak masak. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga hampir kering.

5. Seterusnya, masukkan daun limau purut, asam keping, garam dan gula. Masak selama 1 minit.

6. Akhir sekali, masukkan paru goreng dan gaul sehingga paru tersalut rata dengan rempah.

7. Sedap dimakan dengan nasi...atau begitu sahaja!


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020 #hariraya2020

No comments:

Post a Comment