Hari Raya 2020: Rendang Daging


Resepi Rendang Daging



Rendang sedap disajikan dengan lontong atau ketupat semasa Hari Raya.

Rendang jika dimasak dengan betul, boleh disimpan lama - 3 hingga 4 bulan di dalam peti beku.


Servings: 5-6
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg daging lembu
  • 500 gm santan segar  
  • 100 gm kerisik kelapa
  • 4-5 daun limau
  • 1-2 daun kunyit, hiris

(A) KISAR:
  • 3 bij bawang besar (270 gm)
  • 10 tangkai cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai, putih sahaja
  • 1 inci kunyit basah (10-15 gm), buang kulit
  • 1 inci halia (10-15 gm), buang kulit
  • 1 inci lengkuas (10-15 gm), buang kulit
  • 10 tangkai cili kering, rebus selama 10 minit
  • 1/2 cawan minyak masak

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan (A) hingga halus dan masukkan terus ke kuali (tidak perlu tambah minyak).

2. Tumiskan rempah dengan api sederhana hingga kering. Ini mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit, jadi pastikan untuk mengacau sekali sekala supaya tidak hangit.

3. Setelah itu, masukkan daging dan kacau sebentar.

4. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Tutup kuali dengan penutup dan biarkan masak sehingga daging lembut (api kecil hingga sederhana). Kacau sekali sekala.

5. Setelah daging lembut dan kuah mula sedilit kering, masukkan kerisik kelapa. Gaul hingga sebati.

6. Masukkan garam dan gula, secukup rasa. Gaul sebati dan tutup api.


#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

No comments:

Post a Comment