Ramadan 2020: Lemak Siput Sedut


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

chut chut 



Hidangan: 6-8
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg siput sedut
  • 2 batang serai, dititik
  • 1-2 asam keping
  • 3 daun limau purut
  • 1 daun kunyit, carikan
  • 300 ml santan
  • 500 ml air
  • garam, secukup rasa
  • gula, secukup rasa

(A) KISAR:

  • 1 bawang merah besar, said sederhana
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 biji cili padi hijau
  • 1 batang serai, putih sahaja
  • air, secukupnya untuk mengisar

CARA-CARA:

1. Potong "buntut" siput dan bersihkan untuk menghilangkan kekotoran. Kemudian celurkan siput dengan air panas selama lebih kurang 3 minit. (Saya beli siput yang sudah dipotong belakangnya dari pasar online. Sekiranya anda tinggal di Singapura, cuba Google Dfish Market. Menjimatkan banyak masa dan tenaga lebih2 dalam bulan Ramadan ni!)

2. Kisar Bahan (A) sehingga halus.

3. Panaskan kuali (tak perlu minyak). Masukkan bahan kisar bersama 2 batang serai yang telah dititik. Masak rempah dengan api sederhana sehingga kering. Gaul sekali sekala supaya rempah tidak hangit.

4. Seterusnya, masukkan daun limau purut dan daun kunyit, air dan santan. Kacau hingga tercampur.

5. Masukkan asam keping, garam dan gula. Renehkan. Kacau selalu untuk mengelakkan pecah santan.

6.Akhir sekali, masukkan siput dan biarkan masak selama 10 - 15 minit atau sehingga kuah pekat sedikit. 

7. Hidangkan.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

No comments:

Post a Comment