Ramadan 2020: Kentang Boyan


Resepi Kentang Boyan

Kentang Boyan


Hidangan: 6-8
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg kentang, kupas kulit dan potong dadu
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana, hiris tipis
  • 4 biji telur, dipukul
  • 150 gm daging cincang
  • 1 cili merah, hiris tipis 
  • bawang goreng
  • daun sup
  • serbuk lada sulah, secukup rasa
  • garam, secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak

(A) KISAR:
  • 1 bawang merah saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sdb udang kering, rendam selama 10 minit
  • air secukupnya untuk mengisar

CARA-CARA:

1. Isi periuk dengan air secukupnya dan rebus kentang hingga lembut. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar bahan (A) hingga halus.

3. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dihiris hingga layu.

4. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak; lebih kurang 7 minit dengan api sederhana.

5. Seterusnya, masukkan daging cincang dan masak hingga berubah warna.

6. Masukkan kentang rebus dan gaul rata.

7. Masukkan telur yang telah dipukul dan biarkan selama kira-kira 30 saat sebelum dikacau.

8. Kacau dan teruskan kacau sehingga telur masak.

9. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.

10. Taburkan cili merah yang dihiris, daun ketumbar dan bawang goreng sebagai hiasan.

11. Hidangkan semasa panas.

#fivefootfivesg #stayhomewithme #ramadan2020 #iftar2020

No comments:

Post a Comment