Asam Pedas Ikan Pari


Resepi Asam Pedas Ikan Pari




HIDANGAN: 5-6
BAHAN-BAHAN:
  • 600 gm ikan pari 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 8 sdb cili kering kisar (250 gm)
  • 1 batang serai (putih sahaja) diketuk
  • 1 bunga kantan dibelah dua
  • 1 sdb asam jawa tanpa biji
  • 100 ml air X 2 
  • 8 batang sayur bendi 
  • 2 biji tomato potong empat
  • 400 ml air 
  • 2 sdk garam secukup rasa
  • 1 sdk asam jawa + air (campurkan untuk merendam ikan)
  • 1/2 sdk serbuk kunyit

(A) KISAR:
  • 10 biji bawang merah kecil (130 gm)
  • 4 ulas bawang putih (20 gm)
  • 1/2 cm halia (10 gm)
  • 1/2 cm lengkuas (10 gm)
  • air untuk mengisar

DIRECTIONS:

1. Kisar bahan-bahan (A) sehingga halus dan ketepikan.

2. Campurkan 1 sdk asam jawa dengan air yang secukupnya. Rendam ikan dalam air asam selama 10 minit. Setelah itu, buang airnya dan ketepikan ikan.

3. Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana.

4. Masukkan bahan-bahan kisar (A) dan kacau sehingga harum. (3 minit)

5. Seterusnya, tambahkan cili kering kisar dan serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak. (3-5 minit)

6. Masukkan 100 ml air dan masak sehingga pecah minyak (tumis kedua).

7. Kemudian, masukkan 1 sudu besar asam jawa dan satu lagi 100 ml air. Masak sehingga pecah minyak (tumis ke-3).

8. Masukkan 400 ml air, serai dan bunga kantan. Masak sehingga kuah mendidih.

9. Masukkan ikan dan garam. Rebus sehingga ikan masak. Untuk menentukan ini, tolak bahagian ikan dengan senduk, ikan pari mudah pecah apabila ia sudah masak.

10. Masukkan sayur bendi. Masak selama 1-2 minit lagi.

11. Akhir sekali masukkan tomato. Gaul dan tutup api.


#fivefootfivesg #asampedas

No comments:

Post a Comment