Resepi Roti Boyan
Resepi ini menghasilkan 10 Roti Boyan.
Untuk penyimpanan: goreng Roti Boyan setengah masak dan biarkan sejuk ke suhu bilik dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara dan dibekukan.
Cara memasak yang lain: air fry / bakar
INTI KENTANG:
- 1 kg kentang kupas kulit dan potong kecil-kecil
- 2 biji bawang merah besar potong dadu kecil
- daun bawang hiris halus
- daun ketumbar hiris halus
- 2 cili padi merah hiris halus
- 2 sdk garam
- 2 sdk serbuk lada sulah
- 60 ml minyak masak
- 4 biji telur
KULIT ROTI:
- 650 g tepung gandum
- 1/2 sdk serbuk penaik (baking powder)
- 90 ml minyak masak
- 320 ml air suam
- 1/2 sdk garam
CARA-CARA:
1. INTI KENTANG: rebus kentang sehingga lembut. Setelah dimasak, pindahkan kentang ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah. Tumis sehingga bawang layu.
3. Tambah segenggam campuran daun bawang/daun ketumbar dan juga cili. Tumis selama 1 minit.
4. Seterusnya, tambah kentang rebus, garam dan lada sulah. Gaul sehingga sebati selama 2 minit.
5. Pindahkan inti kentang ke dalam mangkuk. Dan semasa kentang masih panas, masukkan telur dan gaul hingga tercampur. Ketepikan.
6. KULIT ROTI: campurkan garam ke dalam air suam. Kacau hingga garam larut.
7. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam mangkuk.
8. Kemudian, tambahkan minyak ke tepung dan gaul sehingga campuran menyerupai serbuk roti.
9. Seterusnya, tuangkan air suam sedikit-sedikit dan gaul tepung sehingga tercampur menjadi doh.
10. Tutup mangkuk dengan kain atau plastik dan rehatkan doh sekurang-kurangnya 30 minit. Setelah direhatkan, doh akan menjadi lembut.
11. Bahagikan adunan menjadi bebola seberat 100 gm setiap satu. Leperkan setiap bola dengan ketebalan 4 - 5 mm.
12. Isikan dangan inti kentang dan lipat menjadi empat persegi. Ulang sehingga doh habis.
13. Panaskan secukup minyak untuk menggoreng roti. Goreng dengan api yang sederhana sehingga roti berwarna kuning keemasan.
14. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan Roti Boyan bersama Sambal Tumis.

#fivefootfivesg #makananringan #resepimudah #rotiboyan