Resepi ini menghasilkan hampir 300 gulung popiah mini.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 sdk asam jawa
- 50 ml air
- 120 ml minyak masak
- kulit popiah saiz besar
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak masak
- 140 gm cili kering rendam dengan air panas sehingga kembang
- 200 gm udang kering rendam dengan air panas sehingga lembut
- 150 gm bawang merah kecil
- 40 gm bawang putih
(A) PELEKAT:
- 1 sdb tepung serbaguna
- 3 sdb air
CARA-CARA:
1. Kisar cili kering dengan air secukupnya sehingga halus. Ketepikan.
2. kisar bawang kecil dan bawang putih dengan secukup air sehingga halus. Ketepikan.
3. Kisar udang kering dengan pengisar kering (dry blend) sehingga halus. Ketepikan.
4. Panaskan kuali dengan api sederhana (tanpa minyak). Masukkan udang kering kisar dan goreng sehingga menjadi ringan dan kering. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit. Pindahkan ke dalam mangkuk.
5. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali.
6. Masukkan bawang dan bawang putih kisar. Tumis selama 2 minit.
7. Masukkan cili kisar dan tumis selama 10 minit atau sehingga pecah minyak.
8. Gaulkan asam jawa bersama 50 ml air. Masukkan air asam jawa, garam dan gula ke dalam masakan. Gaul sehingga sebati.
9. Kemudian, masukkan udang kering yang sudah disangai sebentar tadi. Kacau berterusan dengan api sederhana-kecil selama 20 hingga 30 minit sehingga campuran menjadi agak kering. Pindahkan ke mangkuk.
10. Campurkan bahan-bahan (A) ke dalam mangkuk kecil dan gaul sehingga sebati untuk membuat pelekat.
11. Potong kulit popiah kepada 9 kotak dan masukkan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kulit popiah menjadi keras dan kering.
12. Kupas satu lembaran dari 1 persegi dan ratakan.
13. Letakkan 1/3 sudu kecil inti udang kering pada lembaran. Lipat dua sisi dan gulung. Sapukan sedikit pelekat pada penghujung kulit dan tampal rapat. Ulang sehingga selesai.
14. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng popiah mini.
15. Goreng popiah mini dengan api sederhana sehingga garing dan berwarna keemasan.
16. Angkat dan letakkan popiah goreng ke atas pinggan beralas kertas minyak.
17. Setelah betul-betul sejuk, simpan popiah mini kedalam bekas kedap udara.
#fivefootfivesg #chinesenewyear #kudapan