Ayam Goreng Telur Asin

Resepi ini mempunyai rasa yang sangat unik. Apa sahaja resepi-resepi makanan yang mempunyai telur asin, sangat digemari ramai orang-orang Asia. Betul tak?

Resepi Ayam Goreng Telur Asin


Tepung jagung juga boleh digantikan dengan tepung kentang.

Boleh menggantikan susu soya dengan susu lain sesuai selera.

Tambah lebih susu kepada yang suka lebih berkuah.



BAHAN-BAHAN:
  • 12 biji kuning telur asin
  • 2 keping isi dada/paha ayam potong kecil
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • 1/2 sdk serbuk lada sulah
  • 1 biji telur dipukul
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sdb bawang putih cincang
  • 1/2 sdb halia cincang
  • 3 cili padi merah hiris tipis
  • 2 batang daun kari buang batang
  • 1/2 cawan susu soya tanpa gula
  • 2 sdb minyak masak
  • 3 sdb (45 gm) mentega
  • garam
  • gula

CARA-CARA:

1. Kukus kuning telur asin selama 10 minit. Kemudian, lenyekkan sehingga halus dan diketepikan.

2. Campurkan ayam, garam, gula, lada sulah dan telur yang sudah dipukul ke dalam satu mangkuk. Gaul sehingga sebati dan perapkan ayam selama 20 minit.

3. Kemudian, salutkan ayam satu persatu dengan rata bersama tepung jagung.

4. Panaskan minyak yang cukup untuk menggoreng ayam, goreng hingga berwarna kekuningan. Angkat dan biarkan ayam goreng berehat sebentar di atas kertas minyak selama 1 minit.

5. Setelah direhatkan, gorengkan semula ayam selama 1 hingga 2 minit lagi. Dengan cara begini, ayam akan kekal rangup. Keluar dan letakkan ayam pada kertas minyak.

6. Cairkan mentega dan minyak menggunakan api sederhana. Setelah cair, tambah bawang putih, halia, cili padi dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

7. Masukkan kuning telur asin dan goreng sehingga kuning telur menjadi berbuih.

8. Masukkan garam, gula dan susu. Tambahkan lebih susu jika perlu. Gaul sehingga tercampur selama 1 hingga 2 minit.

9. Terakhir, tambahkan ayam dan matikan api. Kacau sehingga ayam tersalut rata dengan sos.


#fivefootfivesg #resepimudah #ayamtelurasin