Tempe Goreng Rangup

Tempeh adalah produk kacang soya yang mempunyai banyak khasiat. Cubalah resepi Tempe Goreng Rangup ini untuk pilihan protein yang alternatif

Resepi Tempeh Goreng Rangup


Stok ayam boleh digantikan dengan stok sayur / bouillon untuk pilihan vegetarian.

Tempe boleh juga dibekukan.


BAHAN-BAHAN:

  • 2 tempeh (empat segi) potong tipis
  • 8 biji cili padi cincang
  • 2 tangkai daun ketumbar cincang
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 sdb bawang putih kisar
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
  • 8 sdb tepung gandum
  • 8 sdb tepung beras
  • 150 ml - 200 ml air
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak masak

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan-bahan, kecuali Tempeh dan minyak masak ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.

2. Tambahkan tempeh dan salutkan tempeh dengan adunan hingga sekata.

3. Tutup mangkuk dengan plastik dan perapkan tempeh didalam peti ais selama 30 minit.

4. Panaskan minyak masak yang secukupnya. Setelah minyak panas, gorengkan tempeh dengan api sederhana sehingga kekuningan.

5. Angkat dan letakkan tempeh goreng atas kertas minyak.

6. Hidang semasa masih panas. Tempeh Goreng Rangup sedap dimakan bersama Sambal Kicap.


#fivefootfivesg #tempeh #makananringan