Pages

Ayam Sambal Bali


Resepi Ayam Sambal Bali





Hidangan: 4
BAHAN-BAHAN:
  • 400 gm ayam
  • 2 sdk serbuk kunyit
  • 1 sdk garam
  • 2 batang serai (putih sahaja) dititik dan disiat
  • 3 tangkai daun kari, daun sahaja
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap manis
  • 4 sdb cili kering kisar
  • 25 gm gula melaka, secukup rasa
  • 1/2 sdk garam, secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng ayam
  • 1/4 cawan minyak

(A) KISAR:
  • 2 biji bawang merah besar, kupas (200 gm)
  • 4 ulas bawang putih, kupas (25 gm)
  • 10 gm halia
  • sedikit air 

CARA-CARA:

1. Campurkan ayam, serbuk kunyit dan 1 sdt garam ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata. Tutup dan perapkan di dalam peti sejuk selama 10 minit.

2. Kisar semua bahan-bahan (A) sehingga halus. Ketepikan.

3. Goreng ayam yang sudah diperap sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

4. Panaskan 1/4 cawan minyak.

5. Kemudian masukkan serai dan daun kari. Tumis selama 3 minit dengan api sederhana.

6. Masukkan pula bawang hiris. Tumis selama 2 minit.

7. Masukkan bahan-bahan kisar (A) dan cili kisar. Tumis selama 10 minit atau sehingga pecah minyak.

8. Seterusnya, masukkan sos tiram, kicap manis dan garam. Gaul sehingga gula larut.

9. Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng. Gaul sehingga sebati selama 2 minit lagi. Tutup api.


#fivefootfivesg #ayamsambalbali

No comments:

Post a Comment