Pages

Ayam Paprik


Resepi Ayam Paprik 





Hidangan: 6-8
BAHAN-BAHAN:
  • 50 ml minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar (120 gm) - hiris
  • 3 ulas bawang putih (20 gm) - cincang
  • 2 batang serai (putih sahaja) - dititik
  • 10 biji cili padi merah - belah dua 
  • 2 sdb serbuk cili / cili kering kisar
  • 3 daun limau
  • 2 sdb sos tiram
  • 3 sdb sos tomato
  • 3 sdb sos cili
  • 350 ml air
  • 200 gm bunga kobis
  • 150 gm lobak merah
  • 100 gm jagung muda
  • 100 gm kacang panjang
  • 10 biji tomato kecil
  • 1 sdk garam - secukup rasa
  • 1 sdk gula - secukup rasa

(A) BAHAN PERAP:
  • 750 gm isi peha / dada ayam 
  • 1 sdk garam 
  • 1 sdk gula
  • 1sdk serbuk lada sulah
  • 1 sdb kicap soya cair
  • 1 sdb tepung jagung

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan (A) ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati, tutup mangkuk dengan plastik dan perapkan ayam di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.

2. Panaskan minyak dengan api sederhana.

3. Masukkan bawang dan serai. Tumis sehingga bawang layu.

4. Seterusnya, masukkan bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga wangi (1-2 minit).

5. Masukkan serbuk cili / cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 

6. Tambahkan daun limau, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Gaul hingga rata.

7. Masukkan ayam yang sudah diperap, tumis selama 10 minit atau sehingga ayam masak.

8. Tambahkan air. Kacau dan biar mereneh.

9. Masukkan sayur-sayuran. Tutup kuali dengan penutup dan biarkan sayur masak selama 5 minit, atau sehingga sayur-sayuran mula lembut.

10. Terakhir, masukkkan tomato, garam dan gula. Masak selama 1 minit lagi dan tutup api.

#fivefootfivesg #ayampaprik

No comments:

Post a Comment