Pages

Kari Kepala Ikan Tenggiri


Resepi Kari Kepala Ikan





Hidangan: 4
BAHAN-BAHAN:
  • 800 gm kepala ikan Tenggiri
  • 1 sdk asam jawa + air (campur untuk buat rendam kepala ikan)
  • 2 biji bawang merah besar hiris tipis 
  • 2 batang serai (putih sahaja) diketuk
  • 3 tangkai daun kari  ambil daun sahaja
  • 1 sdb halba campuran
  • 7 sdb serbuk kari ikan+ 1/2 cawan air (campur dan dijadikan pes)
  • 1 sdb asam jawa (tanpa biji) 
  • 5 batang sayur bendi
  • 1 terung ungu saiz sederhana
  • 200 ml santan pekat 
  • 1 litre air
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 2 sdk garam secukup rasa
  • 2 sdk gula secukup rasa (optional - gula dapat mengurangkan rasa pahit rempah kari)
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • segenggam daun ketumbar

(A) KISAR:
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 7 ulas bawang putih
  • 30 gm halia
  • sedikit air

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan (A) sehingga halus dan ketepikan.

2. Rendam kepala ikan dalam air asam selama 10 minit. Kemudian, buang airnya.

3. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana.

4. Masukkan halba campuran dan tumis selama 1 minit. 

5. Seterusnya, masukkan bawang hiris, serai dan daun kari. Kacau hingga bawang menjadi layu.

6. Masukkan pula cili hiris dan tumis selama 1 minit.

7. Seterusnya, tambahkan bahan-bahan kisar (A) dan kacau sehingga harum. Kira-kira 3-5 minit.

8. Tambah pes kari dan masak sehingga pecah minyak. Kira-kira 5-7 minit.

9. Masukkan 1/4 cawan (60 ml) air dan masak sehingga pecah minyak. (Tumis ke-2)

10. Masukkan lagi 1/4 cawan (60 ml) air dan masak sehingga pecah minyak. (Tumis ke-3)

11. Masukkan pes asam jawa dan 600 ml air. Kacau hingga rata dan masak sehingga kuah mendidih.

12. Add salt, sugar, ladies' fingers and brinjal. Cook for 1 minute.

13. Seterusnya, masukkan kepala ikan. Tutup periuk dengan tudungnya dan biarkan masak selama 5 minit.

14. Masukkan santan dan 200 ml air. Teruskan kacau dan renehkan selama 2 minit lagi.

15. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun ketumbar. Kacau dan tutup api.

#fivefootfivesg #karikepalaikan

No comments:

Post a Comment