Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah adalah lauk tradisional orang Melayu. Dimasak dengan pelbagai rempah dan aromatik, Ayam Masak Merah adalah antara menu wajib di setiap majlis perkahwinan dan juga pada Hari Raya.


Resepi Ayam Masak Merah


 Resepi ini tidak mengandungi sebarang susu atau santan. Anda boleh menambahkannya jika suka.

Tomato puree boleh digantikan dengan sos tomato.



BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg peha ayam
  • 1 biji bawang merah besar hiris halus
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sdb cili kering kisar
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 400 gm tomato puree 
  • 4 sdb sos tomato 
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • 1 sdb serbuk jintan manis
  • 1 cawan kacang peas
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 60 gm gula Melaka
  • garam 
  • air
  • daun ketumbar
  • minyak masak

(A) BAHAN-BAHAN KISAR:
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 30 gm halia
  • 1/4 cawan air, lebihkan jika perlu

(B) BAHAN-BAHAN PERAP:
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1 sdk garam

CARA-CARA:

1. Campurkan ayam bersama bahan-bahan (B). Gaul rata dan perapkan selama 20 minit.

2. Kisar bahan-bahan (A) sehingga halus. Ketepikan.

3. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga agak kekuningan, angkat dan ketepikan.

4. Keluarkan sedikit minyak gorengan itu tadi, tinggalkan sekurangnya 1/2 cawan di dalam kuali. 

5. Panaskan kuali semula dan masukkan bawang hiris. Tumis sehingga bawang layu.

6. Masukkan pula bahan-bahan yang sudah dikisar dan tumis sehingga naik wangi.

7. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

8. Kemudian, masukkan tomato yang sudah dipotong dadu, tomato puree, sos tomato, serbuk ketumbar/jintan manis, gula Melaka dan garam. Masak sehingga gula Melaka larut.

9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

!0. Tambahkan juga air cukup sehingga ke paras ayam. Gaul.

11. Tutup periuk dan renehkan sehingga kuah menjadi agak pekat.

12. Tambahkan kacang peas dan bawang goreng jika suka. Gaul sehingga tercampur dan teruskan memasak selama 1 hingga 2 minit lagi.

13. Tutup api, taburkan daun ketumbar dan hidangkan.


#fivefootfivesg #ayammasakmerah #hariraya #delicious