Pages

Tenggiri Masak Kicap


Resepi Tenggiri Masak Kicap




Hidangan: 4-6
BAHAN-BAHAN:
  • 1/2 cawan minyak masak  
  • 1 biji bawang merah besar hiris tipis 
  • 2 hirisan halia
  • 3 biji chilli padi (optional)
  • 2 batang serai diketuk
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sdb cili kering kisar
  • 1 cawan air
  • 30 gm suhun rendam dahulu 

(A) PERAP:
  • 4 keping ikan Tenggiri Batang (450 gm)
  • 1 sdk garam
  • 1/2 sdk serbuk kunyit

(B) KICAP CAMPURAN:
  • 2/3 cawan kicap manis (185 ml)
  • 1 sdb cuka
  • 1 sdb serbuk lada hitam kasar

(C) KISAR:
  • 5 biji bawang merah kecil, kupas kulit (40 gm)
  • 3 ulas bawang putih, kupas kulit (20 gm)
  • 1/2 inci halia (5 gm)
  • 1/4 cawan air

CARA-CARA:

1. Campurkan semua bahan-bahan (A) di dalam mangkuk. Perapkan ikan selama 10 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ikan sehingga sedikit kekuningan sahaja. Angkat dan ketepikan.

3. Tinggalkan kira-kira 3 sudu besar minyak goreng di dalam kuali dan kecilkan api.

4. Masukkan biji pelaga, bunga lawang, serai, hirisan bawang dan hirisan halia. Masak sehingga harum.

5. Seterusnya, masukkan bahan-bahan kisar (C) dan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.

6. Kemudian, masukkan kicap campuran (B). Gaul dan biar mereneh.

7. Tambah 1 cawan air (tambah lebih jika perlu) dan biarkan kuah mendidih.

8. Akhir sekali, masukkan ikan goreng, suhun yang sudah direndam dan cili padi. Biarkan masak selama 3-5 minit lagi.

9. Tutup api dan hidangkan.

#fivefootfivesg #ikankicap #tenggiri

No comments:

Post a Comment