Pages

Taugeh Dan Tauhu Goreng


Resepi Taugeh dan Tauhu Goreng




Hidangan: 4
BAHAN-BAHAN:
  • 300 gm taugeh buang akar 
  • 50 gm daun kucai potong 2 cm panjang
  • 1-2 keping tauhu kecil potong kecil
  • 100 gm udang buang kulit
  • 3 ulas bawang putih hiris tipis (20 gm)
  • 3 biji bawang merah kecil hiris tipis (40 gm)
  • 1 batang cili merah hiris tipis
  • serbuk lada sulah
  • garam
  • 1/2 cawan minyak

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dan gorengkan tauhu sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tinggalkan 2 sudu besar minyak goreng dalam kuali dan seterusnya masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Tumis sehingga harum.

3. Masukkan udang dan goreng sehingga udang bertukar warna.

4. Akhir sekali, masukkan tauhu goreng, taugeh, daun kucai, garam dan serbuk lada sulah. Besarkan api dan gorengkan taugeh selama 1-2 minit lagi.


#fivefootfivesg #tumistaugeh #resepimudah

No comments:

Post a Comment