Pages

Daging Masak Lemak Cili Padi


Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi





HIDANGAN: 6
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm daging lembu - hiris tipis
  • 2 batang serai - potong dua dan diketuk
  • 1 keping asam keping/gelugur 
  • 1 daun kunyit - saiz sederhana, dikoyakkan
  • 2 keping daun limau purut, dikoyakkan
  • 300 ml santan pekat
  • 250 ml air + 100 ml air
  • 2 sdk garam - secukup rasa 
  • 1 sdk gula - secukup rasa

(A) KISAR:
  • 8 ulas bawang merah (60 gm)
  • 4 ulas bawang putih (30 gm)
  • 20 biji cili padi - kurangkan/lebihkan, ikut selera rasa
  • 15 gm kunyit hidup - anggaran saiz ibu jari
  • 1 batang serai - bahagian putih sahaja
  • sedikit air 

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan (A) sehingga halus dan ketepikan.

2. Panaskan kuali/periuk. Apabila sudah panas, masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar bersama 2 batang serai yang sudah diketuk. Tumis dengan api yang sederhana sehingga rempah menjadi kering.

3. Kemudian, masukkan daging bersama 250 ml air. Gaul dan tutup kuali dengan penutupnya. Biarkan daging masak selama 20-30 minit atau sehingga daging lembut.

4. Setelah itu, masukkan asam, daun kunyit, daun limau, santan, 100 ml air, garam dan gula. Gaul hingga sebati dan renehkan. Kacau sekali sekala untuk mengelak santan pecah. 

5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi.


#fivefootfivesg #lemakcilipadi

No comments:

Post a Comment