Pages

Apam Nasi Anti Gagal

Resepi apam nasi anti gagal yang sangat lembut dan gebu dan sedap untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Resepi Apam Nasi





HASIL: 25 apam
BAHAN-BAHAN:
  • 250 ml air
  • 100 gm nasi
  • 100 gm gula
  • 100 gm tepung beras
  • 100 gm gandum / serba-guna
  • 1.5 sdk (6 gm) ragi instant 
  • pewarna makanan
  • 1 sdb minyak masak

CARA-CARA:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak dan pewarna makanan, ke dalam pengisar makanan. Kisar sehingga menjadi adunan yang halus.

2. [Optional] Bahagikan adunan menjadi 3 bahagian.

3. Tambah 1/3 sdk pewarna makanan pilihan ke dalam setiap bahagian. Campurkan dengan sebati.

4. Tutup dan perapkan adunan selama sekurang-kurangnya 2 jam.

5. Sediakan pengukus dengan air yang secukupnya. Didihkan airnya.

6. Sementara menunggu air mendidih, sapukan acuan dengan minyak.

7. Kacau adunan sebelum dituangkan ke dalam acuan. Isikan sehingga 3/4 paras acuan.

8. Letakkan pada pengukus. Tutup dan kukus dengan api sederhana selama kira-kira 15 hingga 20 minit atau sehingga lidi keluar bersih.


#fivefootfivesg #apam #apamnasi

No comments:

Post a Comment