Pages

Mee Siam Kuah


Resepi Mee Siam Kuah


          

BAHAN-BAHAN:
  • 400 g bee hoon 
  • 3 sdb minyak masak  
  • 1 sdb sebuk cili
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/4 cawan air x 2 
  • 7 sdb taucu cuci dan lenyekkan sedikit
  • 2 sdb asam jawa (tanpa biji) secukup rasa
  • 1.5 liter air
  • 1/4 cawan kacang tanah kisar
  • 150 ml santan
  • 2 sdk garam secukup rasa
  • 3 sdb gula secukup rasa

(A) KISAR:
  • 20 tangkai cili kering rendam dengan air panas 
  • 5 sdb udang kering rendam dgn air panas
  • 1 biji bawang merah besar
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sdb belacan disangai dahulu 
  • 1/2 cawan air

(B) BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
  • telur rebus
  • tauhu kering potong kecil-kecil
  • taugeh dicelur
  • daun kucai
  • limau kasturi 
  • sambal tumis 

CARA CARA:

1. Rendam bee hoon dengan air selama 30 minit.

2. Setelah lembut, toskan dan rendam bee hoon sekali lagi dengan air panas selama 5 minit. Tos dan ketepikan. (Nota: bergantung kepada ketebalan bee hoon, ada yang mengambil masa lebih lama untuk dilembutkan.)

3. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan masukkan serbuk cili, tumis sebentar. Kemudian, masukkan bee hoon dan goreng sehingga tercampur rata. Pindahkan ke mangkuk hidangan.

4. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk dan masukkan bahan-bahan kisar (A). Tumis dengan api yang kecil selama 15 minit atau sehingga pecah minyak.

5. Seterusnya, tambahkan 1/4 cawan air dan tumis rempah selama 5 minit sehingga pecah minyak.

6. Tambah lagi 1/4 cawan air dan tumis lagi 5 minit sehingga minyak pecah.

7. Masukkan 1.5 liter air, taucu, asam jawa, kacang tanah kisar, santan, garam dan gula. Kacau berterusan sehingga kuah mendidih. Tutup api.

8. Siapkan satu hidangan bee hoon ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas mi. Hidangkan dengan bahan-bahan (B).


#fivefootfivesg #meesiam

No comments:

Post a Comment