Pages

Ayam Black Pepper (Sos Lada Hitam)

Ayam digoreng sehingga rangup dan kemudian dimasak dalam sos lada hitam - resepi Ayam Black Pepper ini sangat mudah dan pantas untuk disiapkan dan sedap dimakan untuk hidangan tengah hari.

Resepi Ayam Black Pepper 



Gunakan kaedah double-frying untuk mendapatkan ayam yang lebih rangup.

Serbuk lada hitam boleh ditambah/dikurangkan mengikut citarasa.

BAHAN-BAHAN:
  • 800 g isi paha ayam dipotong menjadi kepingan kecil-kecil
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sdb bawang putih cincang 
  • 1 sdk halia cincang
  • 1 biji lada benggala merah potong kecil
  • 100 g sayur kacang peas 
  • daun bawang cincang
  • minyak masak

(A) BAHAN PERAP:
  • 1 sdk gula 
  • 1 sdk garam
  • 1 telur ayam saiz besar dipukul

(B) BAHAN SOS:
  • 6 sdb sos tiram
  • 4 sdb kicap manis 
  • 1-2 sdb serbuk lada hitam kasar
  • 1 sdk cuka
  • 1 sdb gula perang 

CARA-CARA:

1. Campurkan ayam dan bahan-bahan (A). Gaul hingga sebati dan perapkan selama 30 minit.

2. Campur semua bahan-bahan (B) ke satu mangkuk dan ketepikan.

3. Sediakan tepung jagung di atas bekas yang luas. Kemudian, salutkan ayam yang sudah diperap satu-persatu dengan tepung.

4. Panaskan minyak yang cukup dan goreng ayam sehingga berwarna keemasan. Angkat dan tapis minyak berlebihan atas kertas minyak dan ketepikan ayam.

5. Seterusnya, panakans kira-kira 3 sudu besar minyak masak dalam kuali.

6. Masukkan bawang putih, halia dan lada benggala. Tumis sehingga wangi.

7. Masukkan campuran sos (B) yang telah disediakan tadi. Renehkan. (Nota: tambahkan sedikit air jika suka berkuah.)

8. Apabila sos mula mendidih, masukkan sayur kacang peas dan ayam goreng. Kacau rata selama 2 minit atau sehingga ayam tersalut rata dengan sos.

9. Akhir sekali, masukkan sedikit daun bawang dan gaul sekejap hingga tercampur. Tutup api.

10. Hidangkan ketika masih panas.


#fivefootfivesg #resepimudah #sedap

No comments:

Post a Comment