Pages

Roti Jala

Roti Jala adalah salah satu makanan ringan atau hidangan sampingan dalam masakan Melayu. Ia sangat sesuai untuk dimakan bersama lauk-lauk kari. Roti Jala atau Roti Kirai ini sangat lembut sekali walaupun tanpa menggunakan susu.

Resepi Roti Jala



Masak dengan kuali yang anti-melekat.

Adunan perlu mempunyai konsistensi hampir cair and tidak pekat.

Masak roti jala hanya pada satu permukaan, tidak perlu membalikkan.

Setelah dimasak, roti jala akan terasa garing, ia akan menjadi lembut setelah direhatkan.


BAHAN-BAHAN:
  • 4 sdb minyak zaitun/minyak masak biasa
  • 2 biji telur saiz besa
  • 360 gm tepung gandum 
  • 600 ml air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • sedikit pewarna kuning/hijau 

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar makanan. Kisar sehingga adunan menjadi sebati, adunan perlu mempunyai konsistensi hampir cair and tidak pekat.

2. Tuangkan adunan ke dalam botol kirai. 

3. Panaskan kuali dengan api sederhana. Tiada minyak diperlukan kerana kita telah campur minyak dalam adunan tadi.

4. Kiraikan adunan di perkeliling kuali membentukkan seperti jalaBiarkan adunan masak sehingga kering.

5. Setelah masak, lipat atau gulung roti kirai. Ulang sehingga semua adunan digunakan.


#fivefootfivesg #rotijala #resepimudah