Pages

Asam Pedas Ikan Merah


Resepi Asam Pedas Ikan Merah


 



BAHAN-BAHAN:
  • 4 keping ikan merah
  • 1 sdk pes asam jawa - untuk merendam ikan
  • Air - untuk merendam ikan
  • 2 batang serai - dititik
  • 1/4 cawan air x 2
  • 600 ml air
  • 2 sdk pes asam jawa
  • 2 sdk serbuk lada hitam kasar
  • 2 sdk garam - secukup rasa 
  • 1 sdk gula - secukup rasa
  • 3 tangkai daun kesum/daun laksa
  • 1 biji terung - potong kecil
  • 1 biji tomato - potong kecil

(A) KISAR:
  • 25 tangkai cili kering gunting dan rendam dgn air panas selama 30 minit 
  • 1 sdk belacan 
  • 1 biji bawang merah besar
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 besar ibu jari halia (25 g) 
  • 1 inchi kunyit hidup (20 g)
  • 1/2 cawan minyak masak 

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan (A) dan ketepikan.

2. Campurkan 1 sdk asam jawa dan air secukupnya ke dalam mangkuk, dan rendamkan ikan dalam air asam selama 10 minit.

3. Masukkan bahan-bahan kisar dan juga serai ke dalam kuali. Tak perlu tambahkan minyak lagi kerana dalam bahan kisar sudah ada minyak.

4. Tumiskan rempah dengan api yang sederhana kecil selama 10 minit atau sehingga pecah minyak. Gaul sekali sekala supaya tidak hangit.

5. Masukkan 1/4 cawan air. Tumis selama 5 minit sehingga pecah minyak (tumis kedua).

6. Kemudian masukkan lagi 1/4 cawan air. Tumis selama 5 minit sehingga pecah minyak (tumis ketiga).

7. Masukkan 500-600 ml air, daun kesum dan pes asam jawa. Masak sehingga kuah mendidih.

8. Setelah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau sebentar.

9. Akhir sekali masukkan ikan, terung dan juga tomato. Renehkan sehingga ikan masak. Tutup api.

10. Hidangkan bersama nasi panas.

#fivefootfivesg #asampedas