Pages

Mee Rebus (Tak Pedas)

Mee Rebus adalah satu hidangan mee berkuah. Kuah Mee Rebus dimasak dengan stok daging, rempah ratus dan ubi keledek. Kuah yang pekat, manis dan sangat aromatik itu kemudian dituangkan ke atas mee yang sudah siap dicelur. Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan, dan kalau rajin buatlah Begedil..Mee Rebus is complete!

Resepi Mee Rebus



Daging lembu boleh digantikan dengan daging kambing.

Tambah atau kurangkan bahan-bahan mengikut selera.




BAHAN-BAHAN:
  • 2 batang serai dititik
  • 1/2 cawan kacang tanah kisar kasar
  • 2 litre air
  • 100 gm gula Melaka
  • 2 sdb gula 
  • garam
  • mee kuning (mee Hokkien)
  • 1 cawan minyak masak

(A) STOK DAGING:
  • 700 ml air
  • 500 gm daging lembu hiris tipis
  • 3 hiris halia 
  • 1 batang serai dititik

(B) KUKUS/KISAR:
  • 500 gm keledek, kupas kulit
  • 1/2 cawan air

(C) KISAR:
  • 1 biji bawang merah besar
  • 7 biji bawang merah kecil 
  • 7 ulas bawang putih
  • 20 gm halia
  • 25 gm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 5 biji buah keras
  • 4 sdb udang kering rendam selama 10 minit
  • 4 sdb ikan bilis rendam selama 10 minit
  • 4 sdb pes taucu
  • 3 sdb rempah kari daging
  • 1 cawan air

(D) UNTUK MEMEKATKAN KUAH: (OPTIONAL)
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1/2 cawan air

 (E) BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
  • taugeh
  • limau kasturi
  • cili merah/hijau hiris
  • bawang goreng
  • telur rebus
  • tauhu goreng dipotong dadu kecil

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan-bahan (A) ke dalam periuk dan rebus selama 45 minit atau sehingga potongan daging lembu adalah lembut. Keluarkan buih-buih kotoran jika ada.

2. Setelah dimasak, pindahkan daging ke mangkuk dan tapis air rebusan ketepikan untuk digunakan kemudian.

3. Sediakan pengukus dan kukus keledek kukus selama 20 minit atau sehingga lembut. Kemudian, kisar keledek yang sudah dikukus dengan 1/2 cawan air sehingga halus. Diketepikan dalam mangkuk.

4. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan kisar (C) bersama serai-serai titik ke dalam periuk. Kacau dengan api sederhana sehingga pecah minyak.

5. Seterusnya, masukkan keledek kisar dan gaul hingga sebati.

6. Tambah kacang tanah, air, stok daging dan hirisan daging. Bubuh garam, gula Melaka dan gula - tambah secukup rasa. Didihkan kuah.

7. Campurkan bahan-bahan (D) dalam mangkuk kecil dan tuangkan campuran sedikit-sedikit ke dalam masakan, kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.

8. Celurkan mee dan taugeh. Tos dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah secukupnya.

9. Hidangkan Mee Rebus bersama telur rebus, tauhu goreng, bawang goreng, cili hiris dan limau kasturi.


#fivefootfivesg #meerebus #resepimudah