Pages

Serunding Kelapa

Membuat Serunding Kelapa memang sangat senang sekali. Resipi ini mudah, hanya memerlukan sedikit masa untuk mengeringkan serundingnya sahaja.

Resepi Serunding Kelapa



Sedap dimakan bersama Nasi Sambal Goreng atau Lontong Sayur Lodeh dan lain-lain lagi.

Kelapa parut juga boleh didapati di kebanyakan pasar raya (supermarket).



BAHAN-BAHAN:
  • 300 gm kelapa parut putih
  • 1/2 sdk serbuk kunyit 
  • 3 sdb udang kering rendam dengan air panas selama 10 minit
  • 3 sdb cili kering kisar
  • 1 sdk asam jawa
  • 2 daun limau 
  • 120 gm gula Melaka
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak

(A) BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 30 gm lengkuas
  • 30 gm halia
  • 2 batang serai 
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • 1 sdk jintan manis
  • 1 sdk jintan putih
  • 1/4 cawan air lebihkan jika perlu

CARA-CARA:

1. Campurkan kelapa parut dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.

2. Panaskan kuali dan masukkankan campuran kelapa. Sangai kelapa dengan api sederhana sehingga kelapa menjadi kering dan ringan. Pindahkan ke mangkuk dan ketepikan .

3. Tambah minyak ke kuali. Setelah minyak menjadi panas masukkan bahan-bahan kisar (A). Tumis dengan api sederhana sehingga naik wangi.

4. Add chilli paste and lime leaves. Stir fry until oil starts to separate.

5. Masukkan pula cili kisar dan daun limau. Masak sehingga naik minyak.

6. Tambah kelapa parut. Masak dengan api sederhana kecil selama 15 hingga 20 minit atau sehingga campuran menjadi kering. Kacau sekali-sekala.

7. Hidangkan.


#fivefootfivesg #serunding