Pages

Sambal Tumis

Sambal Tumis biasanya disajikan sebagai lauk sampingan. Resepi Sambal Tumis ini boleh disajikan bersama Nasi Lemak, atau sebagai bahan tambahan untuk di buat masak Nasi Goreng dan lain-lain lagi.

Resepi Sambal Tumis



Untuk penyimpanan: Sambal disejukkan ke suhu bilik terlebih dahulu sebelum disimpan di peti sejuk / peti ais.



BAHAN-BAHAN:
  • 1 sdk asam jawa
  • 150 ml air
  • 60 gm gula Melaka
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

(A) GORENG/KISAR:

  • 10 cili padi merah
  • 2 sdb ikan bilis cuci bersih
  • 1 sdk (14 gm) belacan
  • 1 cawan minyak masak

(B) KISAR:

  • 45 cili kering gunting kecil-kecil dan cuci bersih
  • 20 biji bawang merah kecil 
  • 3 ulas bawang putih

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak masak dan masukkan semua bahan-bahan (A) dan goreng kira-kira 3 minit dengan api sederhana. Kemudian, pindahkan ke dalam mangkuk tahan panas bersama-sama dengan minyaknya sekali, diketepikan sehingga sejuk.

2. Rebus cili kering selama 20 - 30 minit. Tapis.

3. Seterusnya, kisar cili kering rebus, bahan-bahan yang sudah digoreng tadi dengan minyaknya sehingga halus.

4. Panaskan kuali yang digunakan tadi. Setelah panas, tumis bahan-bahan kisar selama 10 minit atau sehingga pecah minyak. (Tak perlu minyak tambahan kerana kita dah tambahkan bersama bahan-bahan kisar.)

5. Gaulkankan asam jawa dengan air, kemudian tuangkan campuran ke dalam masakan. Masukkan juga garam, gula Melaka dan gula. Gaul sehingga sebati dan sambal menjadi kilat.

6. Hidang atau bekukan.


#fivefootfivesg #sambal #resepimudah