Pages

Sambal Goreng

Sambal Goreng adalah hidangan sayuran yang sihat dan kaya dengan protein yang terdiri daripada kacang panjang, tauhu dan tempeh. Resepi ini mudah dan pantas untuk menu masakan harian.


Resepi Sambal Goreng



Udang kering bolehkan digantikan dengan udang basah.

Tambah atau kurangkan bahan-bahan mengikut sesuai rasa.



BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji bawang merah besar hiris halus
  • 2 cili merah hiris halus
  • 150 ml santan
  • 1 sdk asam jawa
  • 50 ml air
  • 200 gm kacang panjang/buncis potong memanjang 2 cm
  • 3 keping tauhu kecil potong dadu kecil
  • 200 gm Tempe potong dadu kecil
  • garam sesuai rasa
  • gula sesuai rasa
  • minyak masak

(A) BAHAN-BAHAN KISAR:
  • 10 cili kering rendam dengan air panas selama 10 minit
  • 2 sdb udang kering rendam dengan air panas selama 10 minit
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai 
  • 30 gm lengkuas
  • 1/4 cawan air

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng tauhu dan tempeh. Goreng tauhu dan tempeh berasingan sehingga kekuningan. 

2. Keluarkan minyak gorengan, tinggalkan agak-agak 1/4 cawan di dalam kuali.

3. Panaskan kuali semula. Masukkan hirisan bawang dan tumis sehingga layu.

3. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar (A) dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan kacang panjang, tauhu dan tempeh goreng. Gaul rata.

5. Gaulkan asam jawa bersama air lalu campurkan air asam kedalam masakan.

6. Masukkan santan, garam dan gula. Gaul sehingga sebati dan pelankan api.

7. Teruskan masak, gaul sekali-sekala sehingga agak-agak kering. Tutup api.


#fivefootfivesg #sambalgoreng #resepimudah